Saturday, December 17, 2011

InnaAllaha ma'ana

kadang2 kat dunia nh kte perlu berkorban x kira lah
kte suke keadaan itu atau kte sgtttttttt benci keadaan tuh,
pengorbanan itu perlu,
jangan se sekali kate kte x boleh selagi mane kte x mencuba sehabis mungkin,
kte x tau sejauh mane kemampuan kte selagi mane kte x gunakan ia se maksima mungkin :)
percayalah,bila di beri cabaran, sahabat2 akan melalui satu fasa kematangan,
fasa di mana kte x boleh belajar,
kte perlu laluinya,
kte perlu rasainya,
kte perlu rasa manis, tawar, pahit, masam cabaran itu,
dan di akhirnya?satu per satu kemanisan itu akan muncul dan kemudian  kte sedar,
inilahh namenye kehidupan.:)
bila kte melalui ujian, kte rase
" Allah, mampu ke ak lalui ujian ini"
"hidup ak dah gelap"
" mati ak lepas nh"
 TAPI?
cube toleh ke belakang dan tgk balik, berapa banyak ujian dalam idup kte nh dh kte tempuhi?
berapa byk pertolongan Allah yg dh diberi utk selesaikan masalah itu?
Yakin sahabat2,bile kte di uji,  "Allah bersama2 aku"

p/s untuk semua sahabat2 saya yang mengalami masa sukar sekarang,(jika ada)
moga2 Allah memudahkan kamu,dan memberi jalan keluar untuk segala permasalahan.:)

p/ss : jika berkawan dgn penjual minyak wangi, bdan akan wangi,
         jika berkawan dgn pembakar arang, bdan akan bau asap. ^_^V (YNWA)



Friday, November 18, 2011

may Allah ease it for me:)

salam to all..
waa lame sungguh kan x tulis2 kat blog nh..
maaf.mmg tgh melalui fatrah kesibukan.hee.
insyaAllah lpas nh jika ad mase2 terluang,akan slalu update.
mohon doa rakan2 agar,Allah permudahkan segala urusan ku,baik dr segi persatuan,pelajaran, dan kesihatan..
wohoo musim sejuk dh tiba! bergembira lah wahai lemak2.hehe.
salam rindu utk smua.
satu ayat untuk di renungi,
"Apabila bangun tidur, tanya pada diri,kenapa Allah masih hidupkan ak hari ini?
kata Imam Al Ghazali "kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan ak untuk bertaubat"
^_^
p/s kadang2 kte nampak org tuh mcm seronok je dgn hidup dia, tp sebenarnya hanya Allah yg tahu bertapa penatnye dia melayan kerenah dunia nh:)

Friday, October 21, 2011

SOMALIA ON CALL

salam to all..
 
alhamdulillah masih di beri ruang untuk bernafas oleh Allah.
 
maaf sbb dh lama x update.hehe.

sbb skunk nh mmg really2 buzy. class,program,hal2 laen.mmg betol kate org tahun 3 agak tough~!+_+

okeh hr nh ak nk cte pasal prog somalia on call yg dijalankan oleh batch tahun 3.

tujuan utama prog nh actually adalah untuk mengumpul sbnyak mungkin dana dprd ahli2 perubatan cawangan 
tanta (persatuan kebajikan kat sini).target utama program nh adalah LE25000..nmpk mcm byk kan?
 
tp ape lahh sgt nilai LE25000 nh kat org2 somalia tuh..klo kte yg dpt 25000 nh mungkin kte laa org paling 

bertuah kat dunia nh ye dok?sbb kte dh ade segalanya keperluan,tp 25000 untuk org somalia hanye cukup2 

untuk beli brg asas hidup sahaja, bahkan langsung x mencukupi!
 
bagaimana mungkin kte yang hanya meminjam bumi Allah nh 
 begitu sombong untuk tidak membantu saudara2 kte di Somalia.

bukan ke rezeki2 yg Allah kurniakan kpd kita juga scare x lgsg adalah rezeki saudara2 kte juga?
 
rakan2, cube skali kte bygkan, bagaimana eh agaknye, klo Allah terbalikkan situasi kte ngan org2 somalia?
cmne pengharapan kte dgn masyarakat dunia yg laen? Allah,perit rasanya cabaran diorg nh kan?

cuba lihat hari2 yg kte lalui, kte punyai pilihan samada nak makan ikan ke ayam ke daging ke, tapi mereka?
MEREKA X PUNYAI PILIHAN T_T

x dapat selami perasaan mereka? 
cukup laa dgn tgk youtube, hati pastinya akan mula rase sebak,
moga2 dgn sedikit usaha yg kami lakukan ini, akan mendapat keredhaan Allah 
dan menjadi saksi sekiranya di akhirat nnti Allah tanye apekah sumbangan kami? jadi kami boleh menjawab, ini lahh sumbangan kami semua.InsyaAllah.
mintak smua mendoakan kelancaran program slama sebulan nh, 
rakan2 kat Malaysia klo nak menyumbang pon leh ctc ak.x de masalah rasenyer,
x pon.ak yakin kat Malaysia pon byk NGO2 yg buat prog same seperti ini. 
biarlah kte belajar erti hidup untuk memberi~


p/s: siapa pon kte,dr mane pon kte. Tolong lah kali nh ak mntk smua rendahkan ego masing2. Jayakan lahh program nh, bantulah mereka di sana.:) 

Wednesday, October 5, 2011

sikap manusia

Pelik. Camne kat dunia nh manusia boleh menyakiti orang laen tanpa rase bosan?
Sesungguhnya kala jengking tidak akan menyengat kecuali pada masa tertentu.
Ular juga tidak akan mematuk kecuali kerana sebab tertentu. Binatang buas tidak akan menyerang kecuali kerana keperluan tertentu.
Tetapi kenapa kita tengok manusia sanggup menyakiti manusia lain pada waktu pagi dan petang samada bersebab atau tanpa sebab , bahkan mereka sangat ghairah menyeksa dgn cara begitu?

Sesungguhnya manusia apabila tiada keimanan, maka dia akan menjadi lebih jahat drpd binatang buas kerana binatang buas tidak akan mencari mangsanye jika ia lapar. Bila dah dapat mangse, ia tidak akan mencari mangsa melainkan dia lapar kembali. Tetapi manusia jika tidak beriman, dia tidak akan merasa kenyang dengan satu atau dua orang mangsa. Dia mungkin boleh membunuh ribuan manusia, bahkan jutaan manusia tanpa rasa kenyaang!

p/s kecewa dgn masyarakat di dunia yang makin x ber hati perut.smoga Allah mengampunkan dosa kita dan memberi hidayah kpd kita smua.amin:)

Tuesday, October 4, 2011

penantian~

Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,
maka dia adalah seorang yang syahid."
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami dan lain2)


p/s Ya Allah datangkan lah perasaan cinta ini bila mana ak benar2 bersedia. Ak akan bertanggungjawab ke atasnya. itu janji ku.=) 

Saturday, September 10, 2011

engkau lah lambang teman sejati~

Ali bin Abi Thalib pernah bertanya kepada para sahabat,
"Siapakah org yg paling berani?"
jawab mereka, "Engkau wahai Amirul Mukminin"
kemudian Ali berkata lagi, " TIDAK! Orang yang paling berani adalah Abu Bakar As - Siddiq.
Demi Allah, aku pernah melihat Nabi Muhammad dikeliingi sekumpulan kaum kafir Quraisy yg sedang menarik dan mencemuh baginda, Sementara itu kami mengintip dr jauh.
Kemudian dtg lah Abu Bakar menerpa org2 kafir td dan menghalang mereka menyakiti Rasulullah.
" Apakah engkau hendak membunuh org yg mengatakan Rabbku adalah Allah!?"
mendengarkan hal itu, mereka meninggalkan Rasulullah dan Abu Bakar. 


Kemudian Uqbah bin Abu Mu'ith datang, Abu Bakar di hentak ke tanah. 
Uqbah lantas membaling sandal dan memukul wajah Abu Bakar dgn sandal terus menerus 
sehinggakan wajah Abu Bakar jadi bengkak sampai x boleh nak ketahui lagi bentuk hidungnya.
Mengalir darah dr wajah Abu Bakar lalu pengsan!
Sejurus dtg lah kabilah Abu Bakar,(Bani Tamim). Mereka membawanya ke rumah, 
dan menyangka Abu Bakar tidak akan mampu di selamatkan lagi.




Mereka berkata kepada ibunya, "Jika dia hidup, maka berilah dia makan dan minum"
Setelah sedar, kalimat pertama yg keluar dr lisan Abu Bakar adalah,
" Apa yg terjadi pada Rasulullah?"
Ibunya yang waktu itu belum masuk islam menjawab, 
" Apakah kamu masih mengingatnya sedangkan keadaan kamu sudah begini?"
Abu Bakar menjawab, " Demi Allah, ak tidak akan makan dan  minum apapu hinggakan jiwaku merasa tenang dengan keadaan Rasulullah sekarang.  
"Pergilah ke tempat Ummu Jamil Fatimah bunti Al- Khattab 
dan buatlah diriku tenang dgn menanyakan khabar Rasulullah kpdnya."

Si ibu pon pergi menemui Fatimah binti Al- Khattab.Waktu itu Fatimah binti Al- Khattab masih menyembunyikan keislamannya, puteri Al- Khattab kemudian berkata, "Demi Allah, aku tidak tahu tentang puteramu dan Muhammad, tetapi kalau engkau mahukan anakmu tenang, aku akan pergi bersamamu,"

Mereka berdua dtg menemui Abu Bakar.
"Apa yg terjadi pada Rasulullah? " tanya Abu  Bakar
Fatimah menjawab, "ak tidak mengetahui keadaan rasulullah."
Abu Bakar lalu berkata lg, " Jangan khuatir, ia adalah ibuku,"
Fatimah lalu menjawab, "Dia baik2 sahaja."
Abu Bakar berkata lagi, "Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku melihat baginda sendiri!"
kemudian mereka bertiga pergi menemui Rasulullah di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam.
Melihat keadaan Abu Bakar, Baginda merasa sangat hiba. Baginda memeluknya.
"Demi Allah, wahai rasulullah, ak tidak apa-apa, hanya wajahku saja yang luka." kata Abu Bakar selepas melihat Nabi Muhammad merasa kasihan dan simpati padanya.
Melihat luka tersebut, Nabi pun merasa kasihan dan berdoa untuknya. Abu Bakar kemuduian berkata
" Ya Rasulullah , berdoalah kepada Allah agar dia memberikan petunjuk kpd ibuku!"
dgn keberkatan doa Baginda ibu Abu Bakar terus mengucapkan kalimah syahadah,

" Asyhadu anla ilaaha illallah wa asyhadu anna 
Muhammadar rasulullah." 


P/s : Bagaimana pula dgn kita? T_T

Friday, September 9, 2011

~BLOEM~



"dia ibarat bunga dari syurga, yang datang dan telah pergi tetapi harumnya tetap terpahat sampai bila bila".
kata-kata saiyidina Ali tentang saiditina fatimah



p/s: "Pastikan kau sentiasa mekar berkembang seperti bunga wahai manusia. Jika kau layu sebelum sampai masanya, siramilah dengan air taubat dan taburlah baja keimanan dan ketakwaan. Sesungguhnya kau mampu kembali mekar dan wangi seperti dahulu. Seperti kau mula-mula berkembang." 

Saturday, August 20, 2011

tentang hijab (taken from maria elena)

here are some point yg perlu di renungkan taken from maria elena.nak bace full article.ada kat end of post.






#but i realised after how i was 'bashed' in youtube and my blog, i did not cover my aurat properly.
some comments hurt me to the core and made me depressed too for a while because i couldn't understand ; i pakai tudung ni, lagi ramai nak condemn condemn. bila i free hair bukan main orang suka dress i la, suka rambut la, etc etc. aurat yang i dulu suka nak tunjuk, takde lak orang marah. skang dah tutup, ramai lak nak comment. aneh kan?


#i notice more and more hijabers are into photoshoots. i notice that photographers have 'muslimah photoshoot' or sewaktu dengannya. i realise there are contests in facebook yang the grand prize mesti ada 'photoshoot'. and then, the participants mesti ada yang gambar memang dari photoshoot ngan photographer mana entah siap watermark kat picture tu kan. and i notice some proudly call themselves 'model muslimah'. 
# kalau nak ikutkan definition 'muslimah', it means a muslim woman. regardless of the person being a hijaber or not, a muslim woman is a muslim woman.
but for some reason, in this generation, muslimah immediately means a hijaber. aneh.

 # i myself am a woman, so i know and completely understand the need to look good as a hijaber (especially) because dressing up and being covered from head to toe is not as easy as those who choose not to be covered. so it's like a challenge kan.
don't have to be in denial la..
everyone have that "i nak nampak lawa" moments. even guys (hehee!). so when i said "some damages has been done", i meant that, in one way or another, i had probably encouraged hijabers to think fashion and photoshoots are.. good..

 #i used to make statements like "who says muslim women can't dress up? who says women with hijab can't model?".
now i feel like slapping myself, because it should be "i wear the hijab, i cover myself up, because i am a muslim". i should respect the hijab for what it represents and not make it seem like its just a cloth on my head like an accessory.

 #the sole purpose of hijab is to cover our aurat and making it obvious to everyone that we are muslim whereas dressing up, wearing make up, looking pretty basically is only for our self-satisfaction.

and in my opinion, it's not wrong to want to look good. not at all.
it's not wrong to like photoshoots or whatever self-vanity related activities.

fashion is fun to follow too, i get it, but it's making us lose focus.
for example, we go online and we look at lookbook to know what's the latest trends. we get inspired, we hurriedly head on to a shopping mall or blogshop and hang around looking for that piece of clothing we pictured. then we spend money. sometimes distracted punya pasal, solat tak khusyuk. sometimes nak sangat baju tu, sampai solat pun tinggal. the same goes to modelling.

fashion becomes an obsession. modelling becomes a passion.
beautification becomes a necessity.


  # what will happen if the younger generations who wears the hijab terjebak with all this craze and influenced by it, thinking that looking good, being fashionable and photoshoots are more important than learning/improving? how about when they start to crave for fame?
i worry that they will spend more energy on being beautiful and getting noticed, hence become more materialistic and self-obsessed than they should be, forgetting the fact that whatever were given naturally, are blessings from Allah SWT.
then what's the reason of wearing the hijab? what happened to 'modesty'?
read full article here. taken from maria elena


***skadar renungan kite bersama.Yg merisaukan skarang adelah generasi skunk terlebey2hiburannye~including me.Susah untuk mengelak,kerana sdar x sdar kite sndiri di kelilingi dgn hiburan. Salah siapa? 

Thursday, August 18, 2011

kitaran hidup

salam to all.
alhamdulillah smuanye telah selesai,opsss bukan keseluruhannye tp hampir kpd separuh.hehe..ok laa tuh kan
alhamdulillah lagi .sbb dpt naek ke tahun 3 atas rezeki Allah.
alhamdulillah lagi sbb dpt cuti summer and beraya di Malaysia <3
alhamdulillah lagi sbb sdar x sdar dh sparuh puase pon dh kite kan..x lame je lagi nak masuk fasa terakhir Ramadhan,10 mlm terakhir, malam yg dikatakan adanye Malam yg lebeh baik drpd seribu bulan.Wallahualam.
smoge dgn Rahmat Allah kte terpilih untuk merasai sndiri keajaiban malam itu,,bagaimana?? Ianye perlu di cari.:)

cukup skadar sini.
kwn2 yg kene dhur, ak doakan korunk di beri ketabahan, kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan sgalanye.
buat baik2 k! i know all of u can do it~!!!!espescially you!

p/s: whatever burden u have i ur heart, have faith in him and let it go. ^_^


make me strong by sami yusuf.enjoy it <3

Wednesday, July 27, 2011

ahlan wa sahlan ya ramadhan


salam to all.:)
 
semoga sentiasa berada di bawah payungan rahmat Allah.aminn

ye betolllll...ahlan wa sahlan ya ramadhan!

sape yg masih x sdar tuh..haaa.sila2 gosok mate pi tgk balik calender tuh..

x kurang dr 5 hr lagi ramdhan bakal tiba..

haaa..bile kite dok sebut2 ahlan wa sahlan ya ramdhan, attitude kte ke arah tuh juge perlukan persediaan..

yelaa bile kte dh sebut selamat dtg, ahlan,  Bienvenue, Huan ying, namaste and etc. 

maknanyer kter perlukan satu persediaan..di mana persediaan ini perlu dibuat bg menyambut tetamu yg dtg.

Ramadhan bukanlah tetamu kecil, DI BULAN Ramadhan rahmat Allah terbentang seluas-luasnya. Berkatnya turun di mana-mana. 

Keredhaan-Nya terbuka sepanjang Ramadhan. Keampunan-Nya terbuka siang dan malamnya. Pahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebat.

Ia diganda-gandakan berbanding di bulan-bulan biasa., 

Jadi persediannye juga perlu lebihh. 

Ibarat kte menyambut tetamu.. Jika tetamu itu hanya tetamu biase persedian kte juga selalu nye biasa2 sahaja. Tapi cbe bygkan  klo tetamu kte kte tu pangkatnyer menteri atau raja atau keluarge belah menantu kte, bagaimana persediannye? pasti smpai x cukup tido and pening2 kepala memikirkannye.:)

Begitu juga ramadhan.

Ramadhan yg tbe bukannye platform untuk kte tgk siapa yg boleh makan lg banyak. Lauk mane yg plg sdap.siapa tido plg lame..
 
tp ianya satu platform untuk kte melebihkan sgala2 nye dalam beribadah.
(perbanyakkan zikir.bace al quran, sedekah dan lain2 lg)..

smoge kte smua, dapat menggunakan sepenuhnye Ramadhan kali ini dgn penuh rase keyakinan terhadap Allah atas ganjaran2 pahalnye, dgn penuh rase penghambaan, dgn penuh rase syukur..

Biarlahh tahun nh di jadikan Ramadhan yg plg baikk untuk ke semua.amin. kerna kte x pernah tahu bile malaikat maut akan melakukan tugasnye seperti Rasulullah.
  
kte hanyelaahh insan biasa yang pabila sampai waktunye setiap seorang akan pergi menemui penciptanye.

p/s : 
1. Alhamdulillah tahun nh ak merasai sedikit kelainan berpuasa di tgh2 kepanasan mesir. Smoge Allah permudahkan urusan ku.
2. result juga bakal keluar doakan result ku.:)
3  ampun salah silap ye:)


AND LASTLY..SELAMAT MENYAMBUT BULAN MULIA BULAN RAMDHAN.:) 



Thursday, July 14, 2011

nape x leh tunggu ak balik dulu baru nk dtg!haha

alberto aquilani :D:D:D

even nh training pon leh wat ak excited.hahah

charlies adam and jonjo shelvey!

again aquilani.hehe.<3
i wish i could stand there and watch liverpool training and game..
tp ap boleh buat meyhh..
exam tetap exam..hehe..
chaiyok2 malaysia lawan liverpool!
esok tinggal lagi 4 hr before my last paper..doakan!

Monday, July 11, 2011

nak jadi mane satu eh??

salam to all..
izaiyik? 
harapnye smua baek2 laa ye..
3 paper dh selesai..
got just one more paper to go!wohooooo..:D:D:D:D:D:
ok mule2 mintak maaf ye lame x mengupdate.
smpai td sy kene upah org gaji nak bersihkan blog sy nh.haahaha.(melampau!)


ok hr nh nk ajak smua berpikir..
wihch one u like to be??:) 
either jadi DR A or DR B?
let say


DR A : nh ade ubat.makan 3 kali sehari,lpas sminggu dtg jmpe sy balik

atau.,

DR B : ok sy dh tgk result pak cik. Alhamdulillah x de ap yg nk dirisaukan, 
nnti sy bg ubat pak cik makan 3 kali sehari ye,jgn tinggal, 
lpas smnggu pak cik dtg jumpe sy lg.terima kasih..(dgn snyuman).


DR A : kami akan buat pemeriksaan kat badan pakcik..tlg tnggal baju,
(check2 dgn telitinye mcm tgh shoping barang),

atau.

DR B : pakcik.mintak izin eh,kami nak buat pemeriksaan kat bdan pakcik,
.takut2 ade tanda yg kami x nmpk.
           (check dgn teliti.tp tidak membelek seperti satu objek)



DR A : x dapat diselamatkan (geleng2 kpala).


atau...

DR B : mintak maaf sy dh cube yg terbaek. tapi,
Allah lebey syg padanye, same2 doakan arwah 
di tempatkan di kalangan org2 yang soleh. 
mintak semua tabah dgn takdir nh ye.




see the difference??
we r doctor not deal with the object.
we r not same like engineer?like architect? like mechanic?
we r doctor!
it's reality happen nowaday.
bila Dr deal dgn x berhemah.,sakit tuh rase mcm bertambah2 je kan?
tp bile dr deal dgn care berhemah, sopan, 
sakit yang parah pon rase mcm dh nak baek je...hehe
byk lg cth yg kte leh comparekan..itu smua terletak kat tgn sndiri..
and igt! doctor is not easy..ia perlukan pengorbanan, ketekunan,kesabaran,
bila kamu jatuh 9 kali, bgn 10 kali dan kate kat dunia I CAN DO IT!!
hehe.itu saje untuk kali nh..
tolong..tolong jangan berhenti doakan sy dan kawan lulus exam kali ini dgn cemerlang ye..
salam.:) 



Friday, June 17, 2011

ini satu pengajaran.



Wahai saudaraku,apakah engkau sudah jemu brjuang?skiranya engkau tlh membuang snjata dr bahumu,maka siapakah yg akan mengubat luka2 mrk yg trkorban,dn mengibarkan panji2nya semula" -syed Qutb. 

Alhamdulillah..paper anatomy dh lepas..huhu..wlopon scare jujurnye ak jawab sgt teruk..tp ak hanya mampu tawakal..Allah itu laa yg memberi rezeki dan Allah juga lah yg  mengambil rezeki itu smula..
jeles lihat status kwn2 yg boleh jawab
.sesungguhnya ini satu pengajaran untuk ak.
pengajaran supaya tingkatkan lebey usaha.tingkatkan lebey fokus untuk lagi 3 paper yg akan dtg..jangan mudah rasa selese..
kecewa sbb smua yg x dpt jwab tuh,padahal smuanye bende yg mmg dah tahu..tp tyme exam blank.
berperang dgn hati,.ini betol itu salah..Allah..ampunkan dosa ku,huhuh..

next will be biokem..fisio..and histo..
minta Allah permudahkan urusan ku..
doa kalian sgt ku pohon!
moga ak diberi smgt untuk menempuh musim exam yg panjang nh..amin..:)
all the best untuk smua kawan2 yg sdg menghadapi musim exam..:)
 ..p/s syukur sbb dpt doktor oral yg sgt baek..tnye satu soklan yang selebihnye borak je?alhamdulillah.:)

Saturday, June 11, 2011

it start to be LUB DUP,LUB DUP!

salam  to all..
4 days to go?
ohh itu paper anatomy sy!
it start to be LUB DUP. 
plizz sy mohon doa kalian untuk sy diberi ketanangan dan kemudahan 
sebelum,semasa,dan selepas 
exam anatomy nh..
siyesly nh laa subjek yg plg aaaaa bg ak....hehe..
sebab kelamahan diri jugakk..padahal smua bende tuh ade dekat badan sndiri.tp x pernah nak amek peduli..cth bhgian kepala and kaki..=_=..

jeles kat kwn2 malaysia yg ngah beronok ronok cutinye!aiya!
make sure mase di isi dgn sebaeknye ok!hehe..
waktu itu umpama pedang~
ok need to go back for study~daa.smoge bertemu di entry yang akan dtg.:).. gud luck untuk smua!


Allah is the best listener. You don’t need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart.

nota kaki
1.sedeyh tak dpt g tgk liverpool tour ke malaysia!itu laa bende2 yg plg ak tunggu sejak dr kecik!=_=;;
2. beruntung ade reminder yg slalu igtkan diri nh about anat exam! A BIG TENKIU ~:) 
 3. jeles parent ngan akak nk g jalan2 euro..if x de exam! bai2 mesir,,haha.berangan!

Saturday, May 28, 2011

you raised me up~

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.






Friday, May 27, 2011

moge ketenangan menjadi milikku~





 "orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang".(Ar Ra’du:28)















p/s : tbe2 ter pk mampukah pasangan ku nanti menenangkan hati ini seperti saiditina khadijah menenangkan Rasulullah?wallahualam.pray for me~



Tuesday, May 24, 2011


sikap manusia suke merungut.

nikmat yg ade kite jrang nak bersyukur.

yang x de itu laa yang di kejar2,

hat yang tuhh laa yg hang dok pi cari2! 

kdg kala kite perlu belajar erti syukur.

syukur dgn segala nikmat yang telah Allah berikan.

pabila kte renung kembali nikmat yang Allah dh bg kat kte,

 from our beginning of life until now,

x termampu kte nk ucap alhamdulillah berjuta2 kali,


till we meet again.
wish me luck 
pray for me.
tenkiu! 


Wednesday, May 18, 2011

padah x cukup tido~ >_<''

rase sgt bersalah skunk.
pandai2 wat janji. pastu ak x patuhi!huhuh.
cite dye begini,

A : aaa.kol 10 nnti kau ajar ak eh?
B : baek2! kol 10 ok?:)

pukul 9.55..

A : okays,, dh abes revise chap nh! emm 5 minit lg laa,,aa,sandar jub lahh,,nnti mesti B kejut nh,.

tepat pukul 10.

B  : A!!!:)
A  : ................................
A  :...............................
B  : (=_='')

huuu..sory geng!!!
x sngaje!
i promise u after this post i will pay back my 2 hr sleep!huhuh
tlg jgn putus asa ajar ak ye!
>_<'
tenkiu!


Tuesday, May 17, 2011

The Gift Of Knowing You


There are gifts of many treasures
For both the young and old,
From the tiniest little trinkets
To great boxes filled with gold.

But, put them all together
And they could not stand in lieu,
Of the greatest gift of all
The gift of knowing you.

When your times are filled with troubles
Sadness, grief, or even doubt,
When all those things you planned on
Just aren't turning out.

Just turn and look behind you
From the place at which you stand,
And look for me through the shadows
And reach out for my hand.

I will lift from you your burden
And cry for you your tears,
Bear the pain of all your sorrows
Though it may be for a thousand years.

For in the end I would be happy
To have helped you start a new,
It's a small price to pay
For the gift of knowing you.

- Dave Stout -

Saturday, May 14, 2011

musim imtihan datang lg~

salam to all..
aaa...musim exam dh tibe!wakaka
padahal org laen dh lame dh rase demam2 exam nh..ak baru je rase skunk.haih..itu pon selepas tgk meja2 exam dh susun kat setiap aras..terus rase mcm.wosh!!!>.<
FB pon sudah di activatekan..mase tok ym pon dh di limitkan, dgn harapan mase ak akan di gunakan dgn lebeyh baik, insyaAllah..Amin

kpd rakan2..all the best ok..
igt pesanan dr biokem kte, musim2 exam nh.byk kan pengambilan vitamin,
insyaAllah akan membantu metabolism dlm bdn kte.
jage kesihatan,mase, dan tingkah laku kte, 

exam atau ujian nh.mmg semua org akan rase.
x kire laahh.exam upsr ke,exam dugaan hidup ke, exam mandu kerete ke, dan mcm2 lg lahh..

and klo kte perasan exam nh adelah  

PELUANG TERBESAR  

kte untuk merapatkan diri dgn Allah..
jgn pedulikan kate2 negatif org pada kte
,( kate yg kte start pg surau nh sbb nk exam.kte start solat awal nh sbb nk exam,kte start bersedekah nh untuk exam je.lepas exam semua tinggal!)

kawan. 
percayalah,kate2 itu semua dtgnye dr syaitan yg selalu akan melalaikan kte.yg selalu akan buat kte was2.
keep it up!
klo bkn skang kte amek pluang nh, bile lg?
iye dok? 
(^_^)


meja exam baru tuh!haha.   
p/s : saya Ahmad Fahim B Ngimron.
minta ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah di lakukan.
kadangkala diri ni x perasan atas segala perilaku yg tidak sopan.
Jika masih ade yg x mahu maafkan, pliz ctc sy.
dan sy akan buat ap saje asalkan anda semua maafkan sy.
All the best untuk semua, sy doakan semua berjaya tahun ini dgn cemerlang!
kte naek tahun same2 ye.:)
akhir kate ku pohon doa kalian 
agar diri nh tabah dan bersungguh dalam menghadapi musim imtihan ini!
FIGHTING! 




 

Sunday, May 8, 2011

post ini teda tajuk~(^_^)



salam to all..:)
first of alll..sori ye dh lame x update blog nh..hehe..
agak sbuk sikit untuk persediaan ke final exam kan.
(doakan ye)..(^_^)
oki sekadar sedikit perkongsian..

Allah di taati tidak dimaksiati, 
selalu diingati tidak dilupai, 
selalu disyukuri tidak dikufuri
(salifussalih) 
wallahualam:)
p/s : All the best eh smua!
the minute u think of giving up.think of the reason on why u held on so long..fighting!

Saturday, April 30, 2011

its inspired me!

wooot!


seriusly mcm michel scofield!

salam to all...
hehe..just a short update..
aa kagum kan?
nh gmba tmpt stdy akak ak..
anie farhana binti ngimron~woot2..
baru je abes final dye! moge mumtaz kak!wakaka
okies...now is my turn!..
pray for me..salam..fighting!
(klo akak ak bace nh,mesti dye dok snyum katak dye tuh.!wkakaka)..chalo2

Tuesday, April 19, 2011

kerna mu tin kosong~"D

salam to all..
hari nh ak nak kongsi sdikit cerita yg ak dpt kat fb!haha..tajuk dye.
Jadi jutawan kutip tin kosong ..wakaka..tin kosong kot.sesuai sgt laa untuk blog nh.hehe.
ok2.baek2.diam2..sila2 bace.:)

SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong.
Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 2 tahun lepas manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya. 
Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.

Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.

Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya. Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.
Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.

"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri," kata seorang sepupunya.
"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.
Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi

 

haaa..amcam???x payah nak bljar tinggi2.x payah nak kerje dokter ke arkitek ke..tp still leh jd kaya kan??

 Allah firman dalam surah Asy Syura ayat ke 19:)

" Allah maha lembut terhadap hamba- Nya, dia memberi rezeki kepada siapa yang dia kehendaki dan dia Mahakuat Mahaperkasa" 



and kekayaan tuh sbenarnye bukan terletak pada wang ringgit.tp keberkatan dlam stiap rezeki itu laa yg sbenar2 kekayaan..bape ramai yg kaya duit tp miskin kasih syang.wallahualam.fikir2 kan..=:)


\
"And when the prayer has been concluded, disperse within the land and seek from the bounty of Allah , and remember Allah often that you may succeed."

Sunday, April 17, 2011

takdir penentu~


Dikau ...membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa

Bahgia..ku rasa tika bersamamu
Tiada apa yang dapat digambarkan
Membawa sinar baru

Janjimu kepadaku
Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu

Namun...kan ku teruskan hidup ini
Kan ku buktikan segala cita dan janji
Suatu hari nanti

Sukar untuk kutemui lagi
Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui

Namunku kan terus
Cita kita janji kita
Walau kau tiada di sisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu }4X
ok gmba skadar hiasan.bak kata usop wilca,nmpk sgt bohongnye!hehe

Saturday, April 16, 2011

~kembali padanya~

salam to all.
semoga terus dilimpahkan rahmat drpd Allah.:)
hr nh just nk kongsi satu cerita.semoga ade manfaat dlmnye. 

cerita seorang tok guru nak test 2 org anak muridnye.dye pnggl 2 org anak murid dye tuh dan dye bg ayam sekor sorang.
."ayam nh ak nak kamu berdua sembelih di tempat di mane x de sape nampak!"
pelajar pertama menganggap tugasan nh plg senang..dok toleh kanan dok toleh kiri..ayam selamat disembelihkan..
kemudian pelajar kedua pula, kembali kepada tok gurunye membawa balik ayam yg masih hidup,,
tok guru dye bertanya.nape kamu x sembelih ayam nh??? 
pelajar kedua tuh jawab, cmne nak sembelih ayam nh tok guru,setiap penjuru kat dunia nh.cmne2 pon Allah nampak.(^_^)

bak kate seorang sahabat..kte kat dunia nh klo nak wat dosa,buat lahhhh,tp ad satu syarat.cari laa satu tmpat kat muke bumi nh yang Allah x nmpk akan perbuatan dosa kte uh.mustahil kan?malu laa kan..dh laa dunia nh pnjaman Allah..kte buat plak maksiat kat dunia nh.
ibarat seorang kawan bg pnjam satu buku.kte plak sesuka hati nak conteng buku tuh! 
namun..kte manusia yang lemah, pastinye dosa tuh menjadi satu lumrah dlm kehidupan..
tidak ade sorang pon  di dunia nh yang x pernah melakukan dosa.kecuali nabi Muhammad.
kerana ap?kerana hawa nafsu dan  syaitan sendiri  telah berjanji kpd Allah..
"ak akan sesatkan hamba mu dgn sedaya upaya ku"
dan kerana itu jugalah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.
bertaubat dan beristighfar laa.
semoga kte bertemu lg (^_^'')
kita adalah mukallaf, mampu mengerti tujuan kehidupan ini. kita diberi upaya untuk memilih hala tuju hidup kita. kita yg memilih corak hidup kita. Allah tak pernah paksa kita menerima syariatNya.FIKIRkan:)

Monday, April 11, 2011

tik tok tik tok...

to realize the value of one year,
Ask a student who failed his or her AP exams.
to realize the value of one month,
ask a mother who gave birth to premature baby
to realize the value of one week.
ask an editor of a weekly magazine,
to realize the value of one day,
ask a daily wage laborer who has six kids to feed,
to realize the value of one hour,
ask the lover who are waiting to meet,
to realize the value of one minute,
ask a person who missed their train,
to realize the value of one second,
ask a person who survived an accident,
to realize the value of one milisecond,
ask the person who won a silver medal in the olympics.

salam to all..
alhamdulillah.finally.selepas lame menanti..tenet akhirnye muncul di rumah ku!hakhak
penantian itu satu penyeksaan..
poem atas nh ak amek dr buku 7 habit of highly effective teens.
best kan?
pepatah arab ckp ap?
al waktu ka saif!
waktu itu umpama pedang.
klo kte x manfaatkannye,,ia akan menebas kte!
remember!
exam is just around the corner.what should we do.just fokusing!no!
extravaganza fokusing!
heheh 
 ok till we meet to the next post..
smoge pembace2 terus dilimpahkan kurnian kesihatan:)
YOSH! 
 


Tuesday, March 15, 2011

malaysia kate pergi,egypt kate mari!(^_^)

salam to all..
harap semua nya sihat2 belaka, and ceria2 selalu.hehe
aaa finally, dah smpai dah masanye,,klo bak kate abang2 askar,semboyan telah berbunyI!YOSH!
tbe2 teringat lagu semboyannnnn telahh berbunyii,menuju medan bakti!haha..ok cukup2..kang makin teruk lahhh hujan kat malaysia dek sbb sore ak nh..ahaks!
aaa..flight ak malam nh pkol 0030..rasenyer naek egypt air kot.moge dipermudahkan segala urusan.:) amin ya rab>:)

thanks kpada my family and  semua sahabat yang menghidupkan cuti darurat ak kali nh..
buat membe2 lame drpd maahad especially adil,amal.faliq,za8,mz!terbaek ahh korunk!
oh x lupe dak matrik si asis!hehe..chill~
and x lupe juga kwn2 mesir yang terus menerus menghidupkan hari2 ku,mimpi2 ku.,

lpas nh maybe blog nh akan bersawang dan berhabuk seperti tin kosong dalam masa yang lame..
nh smua gara2 tenet x pasang lagi kat umah! adoih nak kol malaysia pon susah!grrr..=_=''
sperti biase klo nak balik mesir balik je,,mula laaa rase smgt tuh membara!haha..
and honestly ak x sbr nk tgk mesir yg baru..maybe x byk berubah untuk waktu ini.tp ak yakin klo betul carenyer insyaAllah hasil tuh akan nampak sedikit demi sedikit..
bak kata org tuh ap, kayuh pelan2.heee..

pastu sekadar nak berkongsi.nh ak dpat drpd program spies under kerajaan negeri.!best!

ok2.tenang2 kawal perasaan.hehe..

islam akan kuat sebab 4 perkara ini: 
1) ilmu ahli ulama'
2) keadilan pemerintah
3) orang - orang kaya yang pemurah
4) doa orang fakir miskin.
  
ALLAHUAKBAR!

maafkan ak, sbb ak tak dpat nak mengingat ayat sebenarnye,,tp lebey kurang begitu laa ayatnye,,
lemah tol diri nh kan,,bnde kecik nh pon susah nk igt,hee..

akhir kalam dr ak penulis blog nh.
doakan kejayaan ak menempuh segala dugaan yang bakal tiba,
pasti halangan itu x mudah and perlukan banyak pengorbanan.
 doakan jugak ye kejayaan dan kesejahteraan familiku and negara kte Malaysia
doakan kejayaan pembentukan semula Mesir dan seluruh negara2 islam yang terlibat. 

p/s: berkasih sayang lahh sesama islam x kire kamu di pihak yang mane :) 

x kire tinggi mane puncak itu~akan kami tawan!:P

sayonara~ 

Sunday, March 13, 2011

alhamdulillah :)

salam to all..
hehe lame rasenyer x update.
alhamdulillah hr nh ade sedikit update..
bukan ap..nnti dh kat mesir x de tenet.haaa mule laa tgn nh gatal nak update..
itu laa manusia.bile dh ade nikmat atau peluang dpan mate x mo syukur..bila x de terkejar2.hehe..

alhamdulillah hr nh dpt jumpe kwn2 kat matrik and maahad iaitu :
1. nazren zakaria a.k.a asis(kwn matrik).
         -thanks asis teman ak tgk merong mahawangsa!wink2..lame dh x jmpe ko..makin                kurus ak tgk sebok jaga badan katanye.hahaha
           p/s : budak yang jeles x dpt tgk tuh..esok have fun eh!hehe..:P
2. zahid and faliq botak (kwn maahad)
         - nh pulak thanks ajak lepak mamak.
         - za8----> gud luck for ur ....(^_^)
         - faliq----> hope arsenal ko x terus memberi harapan palsu.hakhak.
ok cukup kat situ pasal kwn2 ak.

kembali kepada tajuk asal kte..
kenapa perlu kte bersyukur dgn menyebut alhamdulillah?
word yg sng disebut.tp susah nak amalkan..oh mungkin sng nak amalkan tp bile hanya waktu tertentu kan?hee.
semua yang ada di atas dunia nh.semuanya nikmat Allah..
tiada satu pon yang kat dunia nh, yang bukan nikmat Allah.
even sakit pon nikmat Allah kan? ye lahh..dgn sakit tuh laa kte manusia yang lemah nh baru nak igt Allah. cube bayangkan kalau Allah x bg sakit, jauh agaknya kte nh tersesat kat dunia yang menjanjikan 1001 kenikmatan palsu kan?.dgn penyakit tuh laa dosa2 kecil kte yang bertimbun2 gayanye nh dihapuskan Allah..biiznillah:)
nikmat yang plg besar sekali adalah? nikmat islam kte sndiri...:)
ok cukup sekadar ini.hee..rase smua dah tahu erti kesyukuran ini..
cume kte manusia kadang2 perlukan peringatan supaya kte trus berada di landasan yang sebenar(M_M)

teringin nak wat scene nh kat mesir nnti;,hakhak

p/s : syukur kerana Allah gerakkan hati pergi program spies drpd pergi program satu lagi :)
       kerana program ini x terkata oleh sy ap yg bestnyer..it;s just nice. very nice!:).alhamdulillah

ohh ade kartun yang sgt comel kat link nh! bersyukur kah kte?hee 

Monday, March 7, 2011

ohh berusaha!

~the real tragedy is the tragedy of man who never in his life braces himself for his one suprme effort.he never stretches to his full capacity,never stand up to his full stature~

 Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu
"kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.


p/s : wheter i fall or succeed shall be no man's doing, but  my own! iam the force.(R_R'') 

Saturday, February 26, 2011

surviving the cut..

salam to all..
just a short update for today..
tgh hr td boring2 lepak2 makan2 tengok2 tb..tertekan lerr discovery channel~sila tekan remote anda ke 551.:D
haaa cte ap?
tuh haaa tajuk post kali ini!
surviving the cut~:D

siyes..i'm getting interested with this program
dye cte pasal sepasukan askar yg menguji kebolehan diorg untuk jd pasukan penyelamat kepada askar.
haa.mksd nye kot2.ade emergency tyme perang,diorg nh laa yg bertnggunjawab untuk bawak kluar tentera yang sakit ke kene tmbak ke or laen2..
so latihan diorg nh lame tao.yelaa mane x nye..tnggungjawab berat and sape nk jd mesti laa the best among the best kan! 
ok so drpd beratus2 org yg dtg mule2 hanye 17 org yg last2 berjaya tamatkan kem latihan tuh..
fizikal sah2 laa kene uji kan...mental diorg aa plg kene kuat sbb klo mental diorg x kuat,
sure2 diorang akan ikut jejak langkah kwn diorg yg len.
sesi lthn plg teruk pabila askar2 nh kene lthn fzikal dan mental non stop for about 21 hours~gile tol.
dpt bygkan x?betapa seksanye..
yang nak diceritakan senanyer kat sini.hehe..adoi intro pnye pnjg!
so tyme diorg dh penat2 tuh..still ade lthn yg diorg kene smpurnakan..so coach tuh ckp nh utk pembakar smgt!
  
"badan tuh nak mengatakan awak lemah!dah smpai masanya mengatakan awak nh kuat!'' 




sgt make a sense kan coach dye pnye word!
fizikal kte mmg sah2 lembik dan x bermaya dah kan..BUT we have mentality yg kekal bertahan dan berjuang untuk sampai ke penghujungnye!
wut we call champion mentality! 
 ......
so ap2 pon pasnh, 
just remember out mentality kene kuat and arah mentaliti kte juga kene tepat!
sy yakin, seseorang yang mempunyai mentaliti yg kuat mampu mengalahkan seseorang yg mempunyai fizikal yang jauh lebey kuat drpd nye!
it take some time to make sure our mentalitiy is strength enough.
skadar mengambil pengajaran reformation egypt baru2 nh,
jika mentaliti diorg x tepat and kuat,logik ke diorg boleh bertahan dgn sebegitu lame dkat dataran tahrir tuh?
dgn cuaca sejuk,makanann ngan minuman ntah ade ntah x,kemudahan2 laen yg x seberapa.so wktu itu,saat itu tiada apa yang lebey penting melainkan mentaliti and our pray to Allah/.:) 
  
 p/s: sapa kate pasukan bola sepak Malaysia x leyh jadi heybat?it's all about our mentality~:D