nape best jumaat???
well..jumaatkan kat mesir cuti..best ahhh..leyh tido..tido...tidooo...hahha
study??errr..baek2..
oh ye..
skadar perkongsian utk smua...
sila bace dgn dimulakan dgn basmalah.:p
Jumaat mulia kerana apa????
.Let's read..membaca itu jambatan imu bukan.dan surah yang pertama diturunkan pun berkaitan dengan membaca.
Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah s.w.t”
1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. bagi tampak kemas. Kalau kuku dah mula nak panjang, potonglah.Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
SEJARAH HARI JUMAAT.
Ini jawapannya. KIAMAT juga berlaku pada
hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.
1.) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
2.) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3.) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
4.) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5.) Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.
8.
HADIS BERKAITAN HARI JUMAAT:
-Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Solat Jumaat wajib bagi setiap Muslim, dilaksanakan secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, orang perempuan, anak kecil dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim)
-Rasulullah SAW bersabda bermaksud:“Pada Jumaat, malaikat duduk di pintu masjid. Mereka membawa lembaran catatan amal dan menuliskan pahala bagi orang yang masuk masjid. Jika imam keluar maka lembaran catatan itu ditutup.”
-Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Kebinasaan terhadap kaum yang meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutup hati mereka, kemudian menjadikan mereka orang yang lalai.” (Hadis riwayat Muslim, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
-Rasulullah SAW bersabda bermaksud:“Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana menganggap remeh, nescaya Allah akan mencop hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nisa’i dan Ibnu Majah)
sumber rujukan- Rahsia dan Peristiwa Hari Dalam Islam ,
sejarah dan peristiwa hari jumaat
keistimewaan jumaat(copy from blog org)
salam...:)..have a nice day all..chalo2
No comments:
Post a Comment