Wednesday, October 5, 2011

sikap manusia

Pelik. Camne kat dunia nh manusia boleh menyakiti orang laen tanpa rase bosan?
Sesungguhnya kala jengking tidak akan menyengat kecuali pada masa tertentu.
Ular juga tidak akan mematuk kecuali kerana sebab tertentu. Binatang buas tidak akan menyerang kecuali kerana keperluan tertentu.
Tetapi kenapa kita tengok manusia sanggup menyakiti manusia lain pada waktu pagi dan petang samada bersebab atau tanpa sebab , bahkan mereka sangat ghairah menyeksa dgn cara begitu?

Sesungguhnya manusia apabila tiada keimanan, maka dia akan menjadi lebih jahat drpd binatang buas kerana binatang buas tidak akan mencari mangsanye jika ia lapar. Bila dah dapat mangse, ia tidak akan mencari mangsa melainkan dia lapar kembali. Tetapi manusia jika tidak beriman, dia tidak akan merasa kenyang dengan satu atau dua orang mangsa. Dia mungkin boleh membunuh ribuan manusia, bahkan jutaan manusia tanpa rasa kenyaang!

p/s kecewa dgn masyarakat di dunia yang makin x ber hati perut.smoga Allah mengampunkan dosa kita dan memberi hidayah kpd kita smua.amin:)

No comments:

Post a Comment