Friday, October 21, 2011

SOMALIA ON CALL

salam to all..
 
alhamdulillah masih di beri ruang untuk bernafas oleh Allah.
 
maaf sbb dh lama x update.hehe.

sbb skunk nh mmg really2 buzy. class,program,hal2 laen.mmg betol kate org tahun 3 agak tough~!+_+

okeh hr nh ak nk cte pasal prog somalia on call yg dijalankan oleh batch tahun 3.

tujuan utama prog nh actually adalah untuk mengumpul sbnyak mungkin dana dprd ahli2 perubatan cawangan 
tanta (persatuan kebajikan kat sini).target utama program nh adalah LE25000..nmpk mcm byk kan?
 
tp ape lahh sgt nilai LE25000 nh kat org2 somalia tuh..klo kte yg dpt 25000 nh mungkin kte laa org paling 

bertuah kat dunia nh ye dok?sbb kte dh ade segalanya keperluan,tp 25000 untuk org somalia hanye cukup2 

untuk beli brg asas hidup sahaja, bahkan langsung x mencukupi!
 
bagaimana mungkin kte yang hanya meminjam bumi Allah nh 
 begitu sombong untuk tidak membantu saudara2 kte di Somalia.

bukan ke rezeki2 yg Allah kurniakan kpd kita juga scare x lgsg adalah rezeki saudara2 kte juga?
 
rakan2, cube skali kte bygkan, bagaimana eh agaknye, klo Allah terbalikkan situasi kte ngan org2 somalia?
cmne pengharapan kte dgn masyarakat dunia yg laen? Allah,perit rasanya cabaran diorg nh kan?

cuba lihat hari2 yg kte lalui, kte punyai pilihan samada nak makan ikan ke ayam ke daging ke, tapi mereka?
MEREKA X PUNYAI PILIHAN T_T

x dapat selami perasaan mereka? 
cukup laa dgn tgk youtube, hati pastinya akan mula rase sebak,
moga2 dgn sedikit usaha yg kami lakukan ini, akan mendapat keredhaan Allah 
dan menjadi saksi sekiranya di akhirat nnti Allah tanye apekah sumbangan kami? jadi kami boleh menjawab, ini lahh sumbangan kami semua.InsyaAllah.
mintak smua mendoakan kelancaran program slama sebulan nh, 
rakan2 kat Malaysia klo nak menyumbang pon leh ctc ak.x de masalah rasenyer,
x pon.ak yakin kat Malaysia pon byk NGO2 yg buat prog same seperti ini. 
biarlah kte belajar erti hidup untuk memberi~


p/s: siapa pon kte,dr mane pon kte. Tolong lah kali nh ak mntk smua rendahkan ego masing2. Jayakan lahh program nh, bantulah mereka di sana.:) 

Wednesday, October 5, 2011

sikap manusia

Pelik. Camne kat dunia nh manusia boleh menyakiti orang laen tanpa rase bosan?
Sesungguhnya kala jengking tidak akan menyengat kecuali pada masa tertentu.
Ular juga tidak akan mematuk kecuali kerana sebab tertentu. Binatang buas tidak akan menyerang kecuali kerana keperluan tertentu.
Tetapi kenapa kita tengok manusia sanggup menyakiti manusia lain pada waktu pagi dan petang samada bersebab atau tanpa sebab , bahkan mereka sangat ghairah menyeksa dgn cara begitu?

Sesungguhnya manusia apabila tiada keimanan, maka dia akan menjadi lebih jahat drpd binatang buas kerana binatang buas tidak akan mencari mangsanye jika ia lapar. Bila dah dapat mangse, ia tidak akan mencari mangsa melainkan dia lapar kembali. Tetapi manusia jika tidak beriman, dia tidak akan merasa kenyang dengan satu atau dua orang mangsa. Dia mungkin boleh membunuh ribuan manusia, bahkan jutaan manusia tanpa rasa kenyaang!

p/s kecewa dgn masyarakat di dunia yang makin x ber hati perut.smoga Allah mengampunkan dosa kita dan memberi hidayah kpd kita smua.amin:)

Tuesday, October 4, 2011

penantian~

Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,
maka dia adalah seorang yang syahid."
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami dan lain2)


p/s Ya Allah datangkan lah perasaan cinta ini bila mana ak benar2 bersedia. Ak akan bertanggungjawab ke atasnya. itu janji ku.=)