Tuesday, March 15, 2011

malaysia kate pergi,egypt kate mari!(^_^)

salam to all..
harap semua nya sihat2 belaka, and ceria2 selalu.hehe
aaa finally, dah smpai dah masanye,,klo bak kate abang2 askar,semboyan telah berbunyI!YOSH!
tbe2 teringat lagu semboyannnnn telahh berbunyii,menuju medan bakti!haha..ok cukup2..kang makin teruk lahhh hujan kat malaysia dek sbb sore ak nh..ahaks!
aaa..flight ak malam nh pkol 0030..rasenyer naek egypt air kot.moge dipermudahkan segala urusan.:) amin ya rab>:)

thanks kpada my family and  semua sahabat yang menghidupkan cuti darurat ak kali nh..
buat membe2 lame drpd maahad especially adil,amal.faliq,za8,mz!terbaek ahh korunk!
oh x lupe dak matrik si asis!hehe..chill~
and x lupe juga kwn2 mesir yang terus menerus menghidupkan hari2 ku,mimpi2 ku.,

lpas nh maybe blog nh akan bersawang dan berhabuk seperti tin kosong dalam masa yang lame..
nh smua gara2 tenet x pasang lagi kat umah! adoih nak kol malaysia pon susah!grrr..=_=''
sperti biase klo nak balik mesir balik je,,mula laaa rase smgt tuh membara!haha..
and honestly ak x sbr nk tgk mesir yg baru..maybe x byk berubah untuk waktu ini.tp ak yakin klo betul carenyer insyaAllah hasil tuh akan nampak sedikit demi sedikit..
bak kata org tuh ap, kayuh pelan2.heee..

pastu sekadar nak berkongsi.nh ak dpat drpd program spies under kerajaan negeri.!best!

ok2.tenang2 kawal perasaan.hehe..

islam akan kuat sebab 4 perkara ini: 
1) ilmu ahli ulama'
2) keadilan pemerintah
3) orang - orang kaya yang pemurah
4) doa orang fakir miskin.
  
ALLAHUAKBAR!

maafkan ak, sbb ak tak dpat nak mengingat ayat sebenarnye,,tp lebey kurang begitu laa ayatnye,,
lemah tol diri nh kan,,bnde kecik nh pon susah nk igt,hee..

akhir kalam dr ak penulis blog nh.
doakan kejayaan ak menempuh segala dugaan yang bakal tiba,
pasti halangan itu x mudah and perlukan banyak pengorbanan.
 doakan jugak ye kejayaan dan kesejahteraan familiku and negara kte Malaysia
doakan kejayaan pembentukan semula Mesir dan seluruh negara2 islam yang terlibat. 

p/s: berkasih sayang lahh sesama islam x kire kamu di pihak yang mane :) 

x kire tinggi mane puncak itu~akan kami tawan!:P

sayonara~ 

Sunday, March 13, 2011

alhamdulillah :)

salam to all..
hehe lame rasenyer x update.
alhamdulillah hr nh ade sedikit update..
bukan ap..nnti dh kat mesir x de tenet.haaa mule laa tgn nh gatal nak update..
itu laa manusia.bile dh ade nikmat atau peluang dpan mate x mo syukur..bila x de terkejar2.hehe..

alhamdulillah hr nh dpt jumpe kwn2 kat matrik and maahad iaitu :
1. nazren zakaria a.k.a asis(kwn matrik).
         -thanks asis teman ak tgk merong mahawangsa!wink2..lame dh x jmpe ko..makin                kurus ak tgk sebok jaga badan katanye.hahaha
           p/s : budak yang jeles x dpt tgk tuh..esok have fun eh!hehe..:P
2. zahid and faliq botak (kwn maahad)
         - nh pulak thanks ajak lepak mamak.
         - za8----> gud luck for ur ....(^_^)
         - faliq----> hope arsenal ko x terus memberi harapan palsu.hakhak.
ok cukup kat situ pasal kwn2 ak.

kembali kepada tajuk asal kte..
kenapa perlu kte bersyukur dgn menyebut alhamdulillah?
word yg sng disebut.tp susah nak amalkan..oh mungkin sng nak amalkan tp bile hanya waktu tertentu kan?hee.
semua yang ada di atas dunia nh.semuanya nikmat Allah..
tiada satu pon yang kat dunia nh, yang bukan nikmat Allah.
even sakit pon nikmat Allah kan? ye lahh..dgn sakit tuh laa kte manusia yang lemah nh baru nak igt Allah. cube bayangkan kalau Allah x bg sakit, jauh agaknya kte nh tersesat kat dunia yang menjanjikan 1001 kenikmatan palsu kan?.dgn penyakit tuh laa dosa2 kecil kte yang bertimbun2 gayanye nh dihapuskan Allah..biiznillah:)
nikmat yang plg besar sekali adalah? nikmat islam kte sndiri...:)
ok cukup sekadar ini.hee..rase smua dah tahu erti kesyukuran ini..
cume kte manusia kadang2 perlukan peringatan supaya kte trus berada di landasan yang sebenar(M_M)

teringin nak wat scene nh kat mesir nnti;,hakhak

p/s : syukur kerana Allah gerakkan hati pergi program spies drpd pergi program satu lagi :)
       kerana program ini x terkata oleh sy ap yg bestnyer..it;s just nice. very nice!:).alhamdulillah

ohh ade kartun yang sgt comel kat link nh! bersyukur kah kte?hee 

Monday, March 7, 2011

ohh berusaha!

~the real tragedy is the tragedy of man who never in his life braces himself for his one suprme effort.he never stretches to his full capacity,never stand up to his full stature~

 Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu
"kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.


p/s : wheter i fall or succeed shall be no man's doing, but  my own! iam the force.(R_R'')